Thursday, June 30, 2011

::..fActs of 'me0www'..::





  • Kucing tidak memerlukan susu jika masih menyusui, pemberian susu tambahan boleh sedikit sahaja atau jangan terlalu sering. Beberapa kucing khususnya jenis Shiamese dan bangsa oriental akan mengalami diarrhea kerana tidak dapat mencerna laktosa yang terkandung di dalam susu lembu. Susu yang bukan diperbuat dari laktosa banyak terdapat di supermarket atau petshop .Bagi kucing yang diarrhea,pemberian susu adalah tidak disyorkan.


  • Apabila kucing terjatuh,bahagian kaki akan jatuh terlebih dahulu. Hal itu terjadi kerana kucing mempunyai daya jatuh dengan kaki terlebih dahulu, mereka mungkin selamat kalau jatuh dari tempat yang tinggi, tapi tetap berisiko patah tulang.


  • Kemampuan kucing meloncat terletak pada kedua-dua otot pahanya, sehingga mereka mampu meloncat dari tanah sampai ke atap rumah.
  • Kucing boleh memendekkan dan memanjangkan tulang belakang, sehingga mereka dapat tidur meringkuk atau meregangkan tubuhnya ketika melompat. Ini kerana sendi tulang belakangnya tebal dan longgar.
  • Tubuh kucing terdiri dari 250  tulang, berbanding dengan manusia yang hanya mempunyai 206 tulang, sehingga tubuh kucing lebih lentur sesuai dengan yang diinginkannya.


  • Kastrasi (jantan) atau sterilisasi (betina) menjadikan metabolisme tubuh lebih terfokus pada makan kerana berlaku peralihan tenaga untuk membiak, beralih ke pemenuhan tenaga untuk makan. Oleh kerana itu kucing yang dikastrasi atau disterilisasi agar dijaga untuk tetap sihat dan tidak kelebihan berat badan


  • Hampir semua mamalia berdarah panas, termasuk kucing, kelawar, kuda dan musang adalah pembawa rabies .Oleh kerana itu, adalah disyorkan kucing untuk mendapatkan vaksinasi rabies .
  • Kucing menyukai tempat yang hangat seperti manusia. Kita mulai merasa tidak selesa pada temperature 44.5 ° C, tetapi kucing belum merasa terganggu pada temperature 52 ° C.
  • Kucing boleh dijangkiti oleh organisma tertentu melalui udara atau yang terbawa-bawa pada kasut, sandal atau pakaian sang pemilik, walaupun kucing selalu berada di dalam lingkungan rumah (tidak pernah keluar rumah).
  • Penambahan bawang putih dalam makanan kucing dipercayai dapat mencegah cacing. Pendapat tersebut tidak sesuai kerana bawang putih hanya akan menambah rasa pada makanan tetapi kurang berkesan untuk mencegah cacing. Pencegahan cacingan yang terbaik iaitu dengan pemberian ubat cacing oleh doktor haiwan.
  • Beberapa kucing dapat dijangkiti parasit protozoa Toxoplasmosis, yang dapat ditularkan ke manusia melalui kotorannya dan berisiko pada janin. Jika wanita sedang hamil, sebaiknya hindari untuk membersihkan kotoran kucing ( cat litter ) dan selalu menjaga kebersihan setiap hari. Tidak ada larangan yang menyebutkan, wanita hamil tidak boleh memelihara kucing. Namun semuanya kembali kepada penjagaan peringkat kebersihan. Vaksinasi yang diberikan pada kucing, tidak ada yang untuk mencegah ke penyakit Toksoplasmosis.
  • Pada kumis kucing terdapat saraf yang sangat peka terhadap sentuhan.
  • Menurut kajian, dari semua bahagian tubuh kucing, kuku merupakan bahagian yang sangat sensitif dengan sentuhan yang halus sekalipun).
  • Kucing mempunyai daya untuk mencari jalan menuju ke rumah, diketahui kucing menggunakan arah mata angin sebagai alat petunjuk mereka.
  • Kucing menghabiskan sekitar 70% dari hidupnya untuk tidur dan 15% untuk grooming . Hal ini tidak hanya pada kucing domestik sahaja , singa menghabiskan waktunya untuk tidur selama 20 jam sehari.
  • Kucing berjalan dengan melangkahkan kaki depan dan kaki belakang pada satu sisi secara bersamaan, kemudian diikuti oleh pihak lain. Hanya unta dan zirafah yang berajlan dengan cara yang sama seperti kucing.




sumber: daily cat




0 comments:

Post a Comment


::...mY $0nG...:::

nuffnang ad